Tuesday, March 30, 2010

bergurau dalam politik?!

10:17pm, 30th march 2010


Tokoh politik banyak bergurau, demikianlah tanggapan saya selama ini. Mereka tidak serius dalam sejumlah hal dan sikap ini jarang difahami. Keadaan dalam negara yang kelihatan agak kacau-bilau ialah hasil gurauan tokoh politik. Tanggapan ini sudah agak lama dalam fikiran saya, tetapi tidak yakin orang lain turut berfikiran sebegini, hinggalah saya membaca tulisan Mohd Sayuti Omar dalam Siasah 12 Mac 2010.

Menurut Mohd Sayuti, projek 16 September 2008 adalah gimik politik. Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri tidak yakin dengan apa yang dilakukannya itu. Itu hanyalah gurauan Anwar untuk mengusik Barisan Nasional. Jika benar kata-kata Mohd Sayuti itu, bererti Anwar sengaja membawa rakyat ke arah mempercayai gurauannya. Ini menepati pemerhatian Sharif Shaary, seorang dramatis utara, bahawa yang olok-olok selalu terlihat seperti sungguh-sungguh.

Pernah saya tulis untuk ruangan ini, Anwar boleh mengetuai ABIM yang amat teguh pada pegangan Islam, dan boleh juga menjadi orang nombor dua dalam UMNO yang membawa fahaman nasionalisme. Beliau kemudiannya boleh berada dalam PKR yang memperjuangkan ketuanan rakyat. Ketiga-tiga tempat berlainan itu menuntut lakonan baik dan lakonan yang baik hanya berada dalam diri orang mahir ‘bergurau’.

Daripada keseluruhan tulisan Mohd Sayuti, saya mengesan adanya rasa kesal. Mohd Sayuti mempunyai pandangan bahawa Datuk Seri Zahrain Mohammed Hashim tidak mengenali ‘gurauan’ Anwar. Saya tidak berfikir demikian. Seterusnya, apabila beliau mengatakan Datuk Ibrahim Ali setaraf dengan Zahrain, kerana beliau menyokong Zahrain, saya lebih-lebih lagi tidak bersetuju. Sekurang-kurangnya saya keliru dengan pemilihan kata ‘setaraf’ itu.

Saya berpandangan keseluruhan episod itu lakonan. Bagi saya, eloklah Mohd Sayuti berfahaman bahawa politik dipenuhi lakonan. Melalui pandangan dan tanggapan demikian, kita akan mudah memahami mengapakah seseorang tokoh politik bercakap berbeza-beza mengikut tempat dan masa.

Menurut Mohd Sayuti, wakil rakyat elok berbahas tentang 1Malaysia yang masih kabur di fikiran rakyat. Beliau tidak memperpanjang hal ini. Oleh itu, eloklah saya mengheretnya ke tempat yang agak jauh. Konsep 1Malaysia tidak bererti jika tidak diikuti ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’.

Apabila 1Malaysia ditekankan, dan kata-kata berikutnya diketepikan, ada orang mengaitkannya dengan 1Israel. Hal ini menimbulkan masalah yang agak berlarutan juga, kerana seperti disebutkan Mohd Sayuti, orang tidak dapat mengenal mana serius dan gurauan. Pihak yang mengaitkan 1Malaysia dengan 1Israel tentu amat sedar tindakan mengaitkan kedua-duanya itu pasti menimbulkan keriuhan, sama seperti keriuhan berkaitan isu kalimah Allah baru-baru ini.

Keriuhan amat diperlukan oleh ahli politik yang bergantung pada publisiti. Jika tiada sesuatu hendak diriuhkan, nama seseorang (yang memerlukan sanjungan) akan tenggelam. Inilah kehendak setiap ahli dan tokoh politik yang memerlukan hal-hal seperti itu. Mohd Sayuti Omar, selaku penulis yang berpengalaman, amat menyedari perkara ini.

Lagu 'Berjaya' yang mula dinyanyikan dalam dekad 60-an dulu, ada menyebutkan ‘satu bangsa, satu negara/ Malaysia berjaya’. Itu ialah 1Malaysia. Ertinya, penyebutan frasa yang memaknakan 1Malaysia mendahului 1Israel, kerana 1Israel dikonsepsikan oleh Ehud Barak pada 1999. 1Malaysia yang hadir dalam lagu ‘Berjaya’ tidak dikonsepsikan secara rasmi, kerana pada ketika itu pemimpin atasan mempunyai slogan-slogan lain.

Sekarang, 1Malaysia sedang difikirkan pelbagai pihak untuk pelbagai corak lakonan. Kita tahu, tujuan slogan itu disebutkan dan dikonsepsikan adalah untuk kebaikan rakyat. Kita tahu, slogan ketuanan rakyat, masyarakat madani, Islam Hadhari, membangun bersama Islam, cemerlang, gemilang, terbilang, pandang ke timur, dan bersih cekap amanah, adalah baik-baik belaka. Kita juga mendengar Malaysia sederhana dan Malaysian Malaysia. Masing-masing ada nilai baiknya, walaupun sesetengahnya memuatkan kandungan yang mungkin ‘lari’ dari Perlembagaan.

Jika slogan-slogan yang lain baik, maka 1Malaysia pun baik, tidak syak lagi. Apa yang tidak baiknya ialah pelaksanaan, atau tafsiran yang sengaja dibawa ke arah keburukan. Kenyataan ini saya hubungkan dengan kesemua slogan. Bahkan, ingin saya sebutkan konsep ‘satu’ muncul di mana-mana. Wong Chun Wai ada menyebutkan One Utama, One Bangsar, One America, One China, 1 Saudi-Arabia, 1 Indonesia, dan juga Formula One (Sunday Star, 28 Mac 2010). Dalam kata lain, setiap yang dikaitkan dengan satu tidak semestinya dikaitkan dengan Israel.

Oleh sebab 1Malaysia ialah satu konsep mudah, tidaklah wajar kita heboh-hebohkan hingga orang jauh merasakan kita tidak pernah ada idea. Saya ingin mengatakan, bagi sesiapa yang berfikiran sederhana, tidak perlu terlalu tinggi, segala slogan yang pernah wujud sejauh ini adalah mudah belaka. Sukarkah untuk kita memahami ‘bersih cekap amanah’? Sukarkah untuk kita memahami Islam Hadhari?

Memang sejumlah rakyat terperanjat mendengar frasa Islam Hadhari beberapa tahun lalu, sama seperti mereka terperanjat mendengar frasa masyarakat madani. Namun, dengan sedikit penjelasan, semua itu difahami dengan cepat dan mendalam. Demikian jugalah halnya dengan frasa 1Malaysia ini.

Biarpun pelbagai corak lakonan akan kita tonton pada masa depan, adalah diharapkan kehidupan sebenar rakyat Malaysia tidak terganggu. Politik adalah serba mungkin, itu kita tahu. Namun, dalam keadaan serba mungkin itu, rakyat berhak menuntut kedamaian, tanpa gangguan mainan politik yang berlebih-lebihan.

**AWAS: hidup insan penuh lakonan.

Saturday, March 27, 2010

bila mama pakai celana


26 march 2010

suri rumah...
selain duduk dirumah,ada saja benda yang masih belum di siapkan.
mengemas,masuh pinggan mangkuk, siram bunga, mop lantai dsb.
lantaran itu, terkenang aku pada seseorang yang presis begitu.
yang mana tidak mungkin wujud kembali pada hidup ku.

rindu,
masih jelas kerinduan pada seseorang yang sering bermain difikiran..
terkadang menerjah di sudut hati kecil,mengapa nasibku tidak seperti lain kalian.
bermesra,bermanja, gelak dan ketawa bersama.

persiakan,
ada yang masih tidak beranggapan yang apa yang dimiliki amat berharga.
harga yang bukan di ukur dari paras benda atau rupa.
harga yang mungkin tidak mampu ditukar oleh mana-mana harta.
yang masih ada, sering alpa akan kewujudan nya.
lumrah manusia bila tiada baru nak ternganga...

dan bila mama itu bercelana,
berjaga-jaga akan kehadirannya.
jangan digodam hati orang tuanya.
jangan dihancurkan harapan tinggi melanggitnya.
apa yang penting,saling memahami.
apa yang penting, saling membantu.
biar gegar pintu hati di goncang sang pendengki.
namun jangan ampuh pada dugaan.
lantas, terus utuh bersama selamanya.


nota
dimana surga berada?
kalau tidak dibawah kakinya...


Thursday, March 25, 2010

arjuna mencari nasib

24th MARCH 2010

mana dia yang di pinta?
mana dia yang di redha?

sering tenggelam dalam lautan dunia.
alpa, kesayuan, kehibaan, kerakusan dan ketandusan.
tak siapa peduli.
yang jauh tinggi masih terus pergi.
yang di kaki masih terkapai dalam mimpi.

mana dia sama rata?
mana dia kesamaan?

dalam realiti mencari kepastian.
yang tinggal pasti terus ketinggalan.
dan pasti kita masih lagi bukan bangsa amalan.
bangsa yang dulu sering memancar api kebangsaan.

mana pergi janji-janji?
mana pergi obor api?

yang terus dan masih pasti.
kita jangan asyik berhasad dengki.
bangunlah dari mimpi.
bangun dan tegak berdiri.
bukan masa sibuk untuk pertiwi.
tapi keluarga dan diri sendiri