Thursday, April 14, 2011

pergi yang tak akan kembali

dulu, waktu kecil aku sering impikan sebuah keluarga yang sempurna dan bahagia. walaupun tidak sehebat mana, tapi cukup rasa selesa dan gembira bila dapat kecapi apa yang diimpikan.


titik tolak ayah ku melangkah ke alam perkahwinan ke-2, membuka warkah hidup yang pada mulanya amat pahit dan kelat untuk di tempuh.




marah,resah,bengang,benci, semua perasaan itu muncul pada mulanya.permulaan sebuah keluarga baharu ku anggapkan perkara yang bukan 'enteng' untuk diterima pakai mahupun turut serta sebagai ahlinya. "ahh..apa sudah lupa ayah akan arwah emak?" kata ku dahulu kepada ayah.




darah muda ku dahulu agak payah diluntur kan mahupun direndam dalam 'clorox bleach'!!


darah muda ku dulu masih belum pernah terfikir akan sebuah keluarga baru yang ku anggap asing.


darah mudaku dulu sering alpa akan betapa besarnya sebuah pengorbanan seorang ketua keluarga melayarkan bahtera keluarga sampai ke puncak bahagia.




nama fauziah bt. asmawi, wanita yang menambat hati ayah ku untuk kali yang ke-2 dalam hidupnya.mungkin juga untuk kali yang terakhir kiranya.berketurunan banjar.dan maaf,salasilah keluarganya tidak ku ketahui akibat perangai mudaku yang selalu lencong keluar mententeramkan diri.




bersifat keras dan kasar pada bicara, lembut dan luhur didalam jiwa,pandai memasak tetapi kurangnya pada mengemas.berkarier seperti ayahku sebagai pengajar anak bangsa.kuat pada pegangan agama.dan amat sayangkan anak-anaknya.selalu minum minuman sejuk dan berais tidak kira siang atau malam.




pandai memandu 'motokar',sering ke selatan utara membeli toto dan cadar,rajin bersama pakcik dan makcik ku bila resah gulana. 'ummi' digelar satu keluarga.




dulu time raya ku selalu di toko-toko metropolitan bandaraya.atau mungkin menjadi hamba cina untuk bekerja. tapi setelah mula dewasa,nikmat raya itu sering terpanggil pulang untuk bersama keluarga. nikmat masakan ummi yang sering menjadi selera membuatkan aku tidak lupa.




kini,aku sudah berumah tangga.hidup berdua sedang menuju ahli yang ke-3. rasa gembira ku kongsi bersama sang ummi serta keluarga. niat berpantang dikampung, diterimanya seluruh jiwa.beria-ia sang ummi menyediakan apa yang perlu ada. alangkah bahagianya aku rasa.




'langit mana yang selalu cerah, bumi mana yang tidak ditimpa basah'



dalam kegembiraan pasti ada nestapa.

pada yang hidup pasti akan mati.begitulah juga kepada sang ummi.pergi selama-lamanya menemui sang Ilahi.dalam meniti lewat usia,pasti sakit hinggap menjelma. bermula demam pembuka angkara, lantas terus lewat di rawat!!




tapi kesempatan ku untuk berbual bicara, dikamar rawat terbaring hiba,rasa syukurku dapat berjasa. apakan daya takdir dan masa penentu Yang Esa.masa yang diluang pasti ku ingat sampai kiamat.




...jangan disiksa wahai ya Allah...


...jangan di murka wahai ya Allah..




...berikan sang ummi nikmat ya Syurga...


...letakkan sang ummi dalam tempat istimewa...




Al-Fatihah.


















Wednesday, October 27, 2010

sandaran hati.

bila resah ini mencungkil hati,
lelah yang panjang tidak bertepi,
masih sendiri,alpa, kosong tak berisi,
bukan ini yang dipinta mahupun yang dicari...

lalu apa yang sering dilakukan,
hidup bagai layang-layang yang putus pegangan,
terbang layang tanpa haluan,

aku yang begini tinggal nota kalam sunyi,
buat ubat perit hati, buat hilang sedih ini,
walaupun seketika waktu cuma.

aku,
aku masih mencari sinar bahagia,
terang hidup belum menjelma,
masih adakah lampu itu dalam dunia???

aku,
aku kelam gelap gelita,
belum masih berjumpa jalan keluar,
agar dapat rasa nikmat hidup bagai orang biasa.

Sunday, October 3, 2010

MELAYU

Bila disebut perkataan ‘Melayu’, terus tergambar dalam benak fikiran bahawa orang Melayu berkulit gelap/sawo matang, tubuh badan bersaiz sederhana dan berambut hitam. Gambaran yang hampir sama juga pernah diceritakan oleh Frank Swettenham dalam makalahnya “The Real Malay” yang menggambarkan lelaki Melayu adalah rendah, berambut hitam lurus, berkulit coklat gelap serta mempunyai bentuk hidung dan bibir yang besar.

malay boy

Ehsan dari "A Malay Boy - Project Gutenberg. Wikipedia".

Perkahwinan campur antara bangsa bukan Melayu dan Melayu dewasa ini sedikit sebanyak merubah identiti dan perwatakan unik orang Melayu jika dibandingkan dengan orang Melayu pada zaman dahulu. Bangsa Melayu dilihat banyak mendiami sekitar Asia Tenggara dan mengamalkan adat resam, budaya dan bahasa yang sama.

Asal-usul bangsa Melayu masih lagi dibincangkan dan dari mana datangnya perkataan Melayu juga masih belum dapat disahkan oleh sejarawan secara tepat.

Sumber yang diambil dari Wikipedia pula memetik perkataan Melayu berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu yang terletak di hulu Sungai Batang Hari di Sumatera, Indonesia. Pendapat lain pula mengatakan perkataan Melayu berasal dari perkataan Jawa Kuno iaitu “berlari” atau “mengembara”. Ini dikaitkan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan ke Asia Tenggara.

Dalam buku Sejarah Melayu perkataan `Melayu' dihubungkan dengan nama sebatang sungai, iaitu Sungai Melayu. Perhatikan petikan yang berikut ini:

"Kata sahibul hikayat ada sebuah negeri di tanah Andelas (sekarang disebut Sumatera), Palembang namanya: Demang Lebar Daun nama rajanya, asalnya daripada anak cucu Raja Suran, Muara Tatang nama sungainya. Adapun nama Perlembang itu, Palembang yang ada sekarang inilah. Maka di hulu Muara Tatang itu ada sebuah sungai, Melayu namanya".

Bahasa menunjukkan bangsa.

Sejarah lama banyak membuktikan peristiwa yang mempunyai hubung-kait asal-usul bahasa Melayu. Di dalam artikel Resam Melayu sebelum ini – Bahasa dan Tamadun Melayu, mengikut catatan seorang rahib Budha bernama I-Tsing, Kerajaan Sriwijaya di Palembang menggunakan bahasa Melayu kuno sebagai bahasa pengantar pembelajaran mereka.

Istilah Melayu atau “Mo-lo-yu” juga pernah dicatat dalam buku catatan perjalanan pengembara Cina pada sekitar tahun 644-645 Masihi semasa zaman Dinasti Tang. Para pengkaji bersependapat bahawa perkataan “Mo-lo-yo” yang dimaksudkan itu ialah kerajaan yang terletak di Jambi di Pulau Sumatera, serta juga Sriwijaya yang terletak di daerah Palembang.

Dari segi linguistik, Melayu dikategorikan sebagai penutur bahasa Melayu di dalam kumpulan Melayu-Polynesia (Indonesia, Malaysia, Brunei, Filipina, Taiwan dan Vietnam).

Kumpulan bahasa Austronesia mempunyai pertalian bahasa dengan bahasa Melayu-Polynesia, dari segi kosa kata dan perkataan yang digunakan.

Asal-usul bangsa Melayu dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan. Di dalam buku sejarah Melayu, Melayu Proto (kumpulan pertama) berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi). Dipercayai keturunannya adalah Orang Asli di Malaysia dan Batak di Sumatera.

Kumpulan kedua pula berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam (1500 Sebelum Masihi). Kumpulan ini dinamakan Melayu Deutro. Keturunannya ialah orang Melayu di Malaysia.

Melayu Deutro dikatakan lebih bijak dan mahir daripada Melayu Proto. Mereka bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam.

Kesimpulannya, datuk nenek dan moyang bangsa Melayu boleh dikatakan berasal dari Yunan, China. Penghijrahan mereka ke Asia Tenggara memungkinkan mereka bermastautin dan menetap serta berkahwin campur dengan pelbagai bangsa seperti pedagang Arab dan India pada zaman Kerajaan Melayu Melaka. Secara amnya, bangsa Melayu adalah satu bangsa yang mengamalkan adat resam Melayu, bertutur dalam bahasa Melayu serta hidup dalam budaya Melayu.

Wasalam.

p/s: wahai bangsa ku, bangun dan majukan dirimu. asal usul mu telah ketemu!!

Saturday, May 29, 2010

pergi dan terus pergi

pergi..

menghilang sebuah janji terpatri...
pergi membawa diri sendiri..
aku terus menyepi kala diri sendiri..

pergi,

kemana kan ku bawa hati yang luka
resah dan gelisah ditambah sengsara,
kelam dalam lautan dunia,
hancur harapan musnah impian.

pergi,

mengharap ihsan manusia,
umpama pengemis minta di pinta,
luluh jatuh maruah diri angkara,
kerna tergadai sumpah setia.

dan terus pergi,

tinggalkan smua bahagia,
tinggalkan smua nista,
tinggalkan smua duka nestapa,
tinggalkan smua rancangan bahgia,
semoga mendapat rahmat yang Esa,
buat insan yang banyak berdosa.

aku terus pergi .

Sunday, April 25, 2010

apakah relevennya??







setelah hampir lebih 2 minggu aku mendekati dan melihat telatah dan kerenah penyokong-penyokong baik dari barisan atau pakatan, pelbagai macam ragam dapat dipertontonkan. Semuanya berlaku di pilihanraya kecil Kuala Kubu Baru.

Cuma apa yang terkilan didalam sanubariku ini, bila melihat bangsa ku memang layu dan mudah dibeli. Hiba dan sedih memandang bangsa ku memaki hamun sesama sebangsa. Apa salah mereka?
Adakah kerana tidak sehaluan politik, kita sebangsa bermusuhan? Adakah kerana kita tidak sama dalam parti politik, kita sebangsa menjadi lawan?

Persoalan nya, atas fakta apakah Melayu menjadi layu? Dan atas sebab apakah aku mengatakan begitu??

Di pilihanraya kecil Kuala Kubu Baru ini, calon Barisan adalah daripada ahli MIC. Dan manakala pihak pembangkang pula(pakatan) calonnya adalah dari ahli PKR. Kisah perlawan dan pertandingan ini antara melayu melawan india.

Seperti yang aku katakan pada awal tadi, kebanyakkan orang yang mula 'berkampung' di kawasan KKB adalah daripada golongan melayu. Kebanyakkan mereka datang dari pelbagai negeri dan kawasan. Seperti kebiasaan mana-mana pilihanraya, provokasi menjadi satu lumrah. Ejek mengejek menjadi satu afdhal. Maki hamun bagai ulam-ulaman yg dimakan bersama nasi ditengah hari. Tidak cukup dengan itu, acara terjah menerjah atau lebih dikenali sebagai 'balingan maut' telah mula mendapat tempat di setiap kali pilihanraya berlaku.

Tetapi aku cukup sayu bila mana bangsa ku telah menghina sesama bangsa secara terang-terangan. Bahkan perasaan akan sayang dan cinta nya kita sesama bangsa hampir telah musnah dek kerana berbeda parti politik. Apakah releven nya bangsa ku yang memuja dan mengagungkan calon daripada kaum India? Apa releven nya pula kita bermusuhan hanya kerana perebutan kuasa?

Memang dasar otak dan pemikiran kontot!! Memang sudah lumrah, bangsa ku mula layu satu persatu. Dahulu, aku cuba sangkalkan fakta bahawa bangsa ku mula layu. Tetapi pabila ku mula sedar dan melihat sendiri, barulah aku tahu yang sesungguhnya bangsa ku amat murah harga dirinya. Amat senang dibeli. Amat goyang keperibadian nya sebagai umat semuslim!

Tiada apa yang releven atas persoalan ku ini. Hanya wang dan imbuhan yang cukup ku gambarkan sebagai lampiran atau selingan di setiap pilihanraya ini. Jarang sekali aku dapat mempertontonkan bangsa india memaki hamun sebangsa nya di sana(KKB).

Cuma satu harapan yang ku pinta. Biar mana darjat dan pangkat. Dimana bumi dipijak,di situ langgit harus dijunjung. Jangan mudah perdaya pada yang kaya. Jangan mudah melentok pada 'kaki ketok'. Dan jangan kita bermusuh sesama kita hanya kerana menyokong keling!!


AMARAN:
biar kita berkawan dengan keling,
tapi jangan kita jadi keling!!

Monday, April 12, 2010

Mertua cari Menantu


Cerita zaman dulu kala.
Ada seorang bapa yang teringin sangat nak mengahwinkan anak dara nya dengan orang yang pandai agama,kalau boleh pandai cakap arab ataupun orang arab.

Jadi suatu petang ketika berjalan di sebatang sungai yang agak besar, ternampak seorang pemuda yang sedang memegang jala untuk menangkap ikan. Lalu orang tua ini terfikir apabila ternampak susuk tubuh pemuda itu yang hensem,cantik dan sasa dan berketayap.Jadi berfikir dia bagaimana mahu mengetahui anak muda ini. Sedang dalam memikirkan sesuatu, teringgatlah dia bagai mana nak tahu orang muda tersebut.

Maka bertempik orang tua secara kuat kerana jarak mereka tidak berdekatan.
kata orang tua; "wa tebar kan lah..."
Apabila terdengar, anak muda itu terus melemparkan jala kedalam sungai.

Setelah jala di lempar, anak muda itu cuba menarik jalanya. Kata nak muda;ula; "wa sangkuti!". Lalu berkata orang tua; "wa selami..". Dalam fikirannya pandai budak ini bahasa arab dah tentu alim orangnya.

Lalu anak muda tersebut terus terjun kedalam sungai. Setelah beberapa lama baru dia timbul. Dan kata budak muda; "ilal buayani...wa takuti...".
Lalu kata orang tua pula; "wa la ri ni..".

Setelah semuanya selesai dan bertemu didarat, lalu berkatalah orang tua ; "nak, nak pak cik hendak menatukan kamu. Yakni berkahwin dengan anak pak cik!". Sungguh girang tak terkatalah pemuda ini dan langsunglah perkahwinan itu.

Setelah berkahwin maka di ajak menantunya tinggal serumah. Buat kali pertama, sembahyang jemaah di suruh menantunya menjadi imam. Maka menantunya tersipu-sipulah dan cuba berdalih. Namun tidak juga dapat melarikan diri.

Setelah selesai sembahyang maka kena berdoa lah mereka. Ya tak ya menantunya tak pandai berdoa. Namun takut malu dan segan akan bapak mertuanya, maka beliau pun cuba membaca doa. "Bismiillah" di mulakan. Terkumat kamit seoalah-olah berdoa dan akhirnya di kuat kan sikit "am pu sana ,am pu sini". Terkedu bapak mertuamya mendengar. Di sangka menantu nya pandai, rupa-rupanya bodoh juga orang yang tak berilmu.

Wednesday, April 7, 2010

Antara Qubra & Sugra


Sabda Rasulullah:

"Kiamat itu ada dua... Kiamat Sugra (Kecil) dan Kiamat Qubra (Besar). Kiamat Sugra ialah Kiamat dimuka bumi sahaja diakhir zaman... Akan masih ada segolongan kecil yang hidup untuk pembiakan umat baru yang akan bertemu Nabi Isa A.S. Manakala Kiamat Qubra ialah Kiamat yang seluruh alam semesta dan galaksi hancur.Tiada lagi manusia yang hidup, dan tiada lagi bumi."

"Umatku ada dimuka bumi ini selama 1,500 tahun lamanya.Sebelum terjadinya Kiamat Qubra, akan tiba Kiamat Sugra. Sebelum datangnya Kiamat Sugra, akan ada tanda-tandanya.Begitu juga sebelum tibanya Kiamat Qubra."


Ayat al-Quran:


"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya. Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru."

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ust.Harun Din dlm ceramah nya, ada membaca sebuah artikel yg menceritakan bahawa dunia ni dah nak kiamat.

Planet Marikh (planet ke-4 dan paling dekat dengan bumi) telah mengalami pusingan yang terbalik pada bulan Sept 2008 lepas.Maknanya, planet yg dekat dgnnya jugak (bumi la) akan bertukar arah pergerakan dia.. Maka pada saat tu akan terjadi kejadian matahari tenggelam sebelah timur.


Penjelasan Saintifik Bagaimana Ia Berlaku:


Untuk pengetahuan semua, sebuah planet bernama Nibiru atau planet X (oleh NASA) sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600 tahun.. Planet ini 100 kali ganda besar bumi dan sama besar dengan planet Jupiter (Musytari). Dijangkakan pada 21/12/2012 planet ini akan memberi kesan paling dahsyat kepada bumi dengan memutarkan kutub-kutub ke kedudukan terbalik (polar shifting) yang dijangkakan oleh NASA.

Pada bulan Mei 2009 lalu Planet X berwarna merah jelas kelihatan oleh semua penduduk bumi selama sebulan antara jam 1am - 3am...

Peristiwa ini seperti yang pernah berlaku semasa banjir besar zaman Nabi Nuh AS dahulu.. Planet ini tak menghentam bumi tapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu bumi... Ia hanya akan lalu diantara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari..

(Tanda tibanya kiamat kecil objek merah di langit kelihatan)...


Amerika Syarikat dan negara barat lain sedang sibuk membuat persiapan menghadapi keadaan ini dengan membina beberapa penempatan sementara di banjaran-banjaran gunung lengkap dengan makanan yang mampu bertahan 3 tahun kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi ini akan lenyap...

Di norway misalnya mereka membina sebuah gudang menyimpan segala biji benih di sebuah bukit lengkap dengan ciri-ciri keselamatan dan dari ancaman bencana..

(Rujuk paper bulan Februari 2008, kosmo, Berita Harian dan lain-lain)


Benarlah sabda RASULULLAH;


Satu hari nanti bumi akan hancur dan ditenggelami air selama 40 hari, dan satu zaman baru muncul dipanggil back to ancient berlaku dimana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno.

Jadi bersedialah kita umat Islam...ALLAHHU AKBAR..!!


Kajian... (ALLAH Maha Mengetahui dan mahu kita berfikir..)


a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun... Sekarang sudah 1440 = 426 + 12 tahun hijrah.... Daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi..

Jikalau ini benar, Alam akan kiamat (Besar) pada tahun 2066...

b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014.

Namun, Amerika telah cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket...

Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang jauh lebih besar dari Bumi juga akan menghentam bumi dalam masa 60 tahun lagi...

Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065.....

c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007... Mereka merancang memusnahkan Kaabah pada tahun 2011...

(Meruntuhkan Kaabah mengundang kemurkaan Allah, mungkinlah juga Kiamat Kecil 2012 itu disebabkan kemurkaan Allah)

Dan kuasa Israel akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa..... .

Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat selepas itu..

Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062.


Dianggarkan Kiamat Qubra (Besar) Antara Tahun 2062-2066.


Wallahu'alam. .. Semua ini telah dikaji...

Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun...

Kita telah berada di bumi ini selama 1440 tahun...

Cubalah anda kirakan sendiri...

Beribadatlah wahai umat Islam sekalian...

Kiamat pasti tiba. hanya orang yang leka dengan dunia sahaja yang akan rugi. Berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh Allah.

Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar.

Marilah sama-sama mendoakan kesejahteraan untuk semua umat Islam..