Monday, April 12, 2010

Mertua cari Menantu


Cerita zaman dulu kala.
Ada seorang bapa yang teringin sangat nak mengahwinkan anak dara nya dengan orang yang pandai agama,kalau boleh pandai cakap arab ataupun orang arab.

Jadi suatu petang ketika berjalan di sebatang sungai yang agak besar, ternampak seorang pemuda yang sedang memegang jala untuk menangkap ikan. Lalu orang tua ini terfikir apabila ternampak susuk tubuh pemuda itu yang hensem,cantik dan sasa dan berketayap.Jadi berfikir dia bagaimana mahu mengetahui anak muda ini. Sedang dalam memikirkan sesuatu, teringgatlah dia bagai mana nak tahu orang muda tersebut.

Maka bertempik orang tua secara kuat kerana jarak mereka tidak berdekatan.
kata orang tua; "wa tebar kan lah..."
Apabila terdengar, anak muda itu terus melemparkan jala kedalam sungai.

Setelah jala di lempar, anak muda itu cuba menarik jalanya. Kata nak muda;ula; "wa sangkuti!". Lalu berkata orang tua; "wa selami..". Dalam fikirannya pandai budak ini bahasa arab dah tentu alim orangnya.

Lalu anak muda tersebut terus terjun kedalam sungai. Setelah beberapa lama baru dia timbul. Dan kata budak muda; "ilal buayani...wa takuti...".
Lalu kata orang tua pula; "wa la ri ni..".

Setelah semuanya selesai dan bertemu didarat, lalu berkatalah orang tua ; "nak, nak pak cik hendak menatukan kamu. Yakni berkahwin dengan anak pak cik!". Sungguh girang tak terkatalah pemuda ini dan langsunglah perkahwinan itu.

Setelah berkahwin maka di ajak menantunya tinggal serumah. Buat kali pertama, sembahyang jemaah di suruh menantunya menjadi imam. Maka menantunya tersipu-sipulah dan cuba berdalih. Namun tidak juga dapat melarikan diri.

Setelah selesai sembahyang maka kena berdoa lah mereka. Ya tak ya menantunya tak pandai berdoa. Namun takut malu dan segan akan bapak mertuanya, maka beliau pun cuba membaca doa. "Bismiillah" di mulakan. Terkumat kamit seoalah-olah berdoa dan akhirnya di kuat kan sikit "am pu sana ,am pu sini". Terkedu bapak mertuamya mendengar. Di sangka menantu nya pandai, rupa-rupanya bodoh juga orang yang tak berilmu.

No comments:

Post a Comment