Wednesday, August 12, 2009

Tupai, Gajah bersama Luncai dan Labu-Labunya

Tersebutlah kisah di dalam hikayat dongeng lagi jonggeng wujudnya sebuah kawasan dudukan yang aman lagi damai. Tinggallah seorang hamba Allah yang bernama Luncai. Adapun Luncai tinggal keseorangan tanpa berteman, kehidupannya sangatlah bahagia bak Hospital Bahagia yang di diami puluhan manusia yang bahagia dengan dunianya masing-masing. Seperti kebanyakan orang kampung yang lain, kehidupan Luncai sarat dipenuhi aktiviti harian seperti memburu, menternak dan berladang. Sungguhpun Luncai sarat dengan aktivitinya, kegemaran dan specialistnya adalah menanam labu. Labu-labu yang di tanam oleh Luncai amatlah sihat dan bugar-bugar sekali.

Tatkala langit tak selalu cerah, bumi yang mana tidak ditimpa hujan’, datang lah seekor tupai yang sedang sakit akan kakinya ketika asyik melompat-lompat dari satu dahan ke satu dahan. Berkatalah si tupai kepada Luncai.

“Wahai Luncai, sudikah kau membantu aku yang kini didalam kesakitan?”
“Dan sudikah dikau menghulurkan tangan menolong aku yang kini amat memerlukan ini?”

Terdengar rintihan si tupai itu, maka teringatlah Luncai akan kata pepatah tok nenek nya yang berbunyi ‘tangan yang memberi, lebih baik dari yang menerima’. Maka dengan segala kudrat dan ikhlasnya si Luncai menerima akan kehadirannya dan sudi menolong memberi bantuan apa yang patut kepada si tupai.

“Aku sanggup membantu mu tupai” kata Luncai.
“Lagipun, aku tinggal seorang diri sahaja disini” tambah Luncai lagi.

Mendengar kata-kata Luncai itu, amatlah berbesar hati dan sayunya si tupai akan penerimaan Luncai keatasnya. Dibalutnya kaki tupai dihagian mana yang perlu, diberikan makan, didodoikan tatkala ingin tidur dan dimandikan si tupai bak menatang minyak yang penuh.

Maka bermulalah kehidupan Luncai ditemani si tupai yang malang. Alangkah beruntungnya si tupai, tanpa melompat kesana kesini lagi untuk mendapat sesuatu. Semuanya terhidang dan tertanggung bak seorang Putera Raja yang labuh mencemar duli. Sungguhpun begitu, Luncai amatlah seronok dengan kehadiran si tupai dalam hidupnya.
Sebutkan saja apa yang dipinta, tanpa soal sangka akan cuba Luncai penuhi dengan segala yang termampu.

“Sakit lagi kakimu itu tupai?” bertanya Luncai kepada si tupai sambil mengurut-urut kaki si tupai yang dibaluti kain umpama bandage itu.
“Manakan tidak Luncai, aku belum sembuh lagikan?” jawab si tupai
“Siapkan makanan sekarang, terasa lapar pula aku rasanya” si tupai mengarah.
Dengan seberapa pantas, Luncai menyediakan makanan untuk si tupai. Disediakan labu yang masak ranum yang dibuang kulit dan dipersembahkan diatas hamparan daun keladi sebagai alas. Lantas Luncai menghidangkannya kepada si tupai.

“Argh!!”
“Labu yang kau beri kepadaku Luncai?” nyalak si tupai.
“Tapi, labu sahajalah yang ada padaku” jawab Luncai jujur.
“Lagipun menanam labu inilah keistimewaan ku”
“Baru sahaja aku ambil diladang, kalau tidak mencukupi akan ku perhidangkan lagi” tambah si Luncai dengan selamba.
Dengan perasaan marah dan murka kepada Luncai, di buangnya segala labu-labu yang dipersembahkan dengan biadapnya. Sambil menyalak..
“Bukankah kau tahu makanan ku epal Luncai”
“Manakan labu menjadi makanan ku. Langsung tak ada class!”
“Phtui!!”
Di ludahnya sahaja akan labu-labu yang dipandang hina lagi jijik oleh si tupai.

Maka tersedarlah Luncai akan sikap sebenar si tupai yang cuba dibantunya. Amatlah terkejut akan Luncai melihat sifat kurang nak diajar yang dipertunjukkan oleh si tupai tadi. Dengan perlahan, Luncai mengutip labu-labu yang bersepah dek kerana di buang oleh si tupai.Dan bermulalah episod hitam duka lara bak cerita ‘Bawang Putih, Bawang Merah’ terhadap kehidupan Luncai yang sebelumnya bahagia.

Tidak dapatlah membuat apa-apa lagi terhadap si tupai itu oleh kerana hati budi Luncai amat-amat ikhlas dalam membantu si tupai itu. Lagipun, tidak terdaya Luncai untuk menyakiti hati si tupai yang padanya sudah pun didalam kesusahan dan kesakitan. Bak kata pepatah lagi ‘Dimakan mati emak, Diluah mati ayah’.

Seperti hari-hari selalu, Luncai sibuk dengan aktiviti hariannya. Didalam kesibukkan beraktiviti, tidaklah lupa Luncai akan si tupai yang lupa diri itu. Dimandinya tupai sebelum memulakan aktiviti, di berikan makanan tatkala waktu rehat, dan diurut-urut nya Luncai akan kaki si tupai yang sakit itu tatkala selesai beraktiviti.

Dijadikan cerita, pada suatu hari, datangnya pula gajah yang tersesat ketika sedang mencari tebu disekitar hutan belantara. Maka bertanyalah Luncai akan terlihat kelibat gajah yang sedang terpinga-pinga mencari arah jalan untuk pulang.

“Huh,dari mana kamu ini gajah?”
“Aku dari hutan ingin mencari tebu untuk dimakan” berkata gajah.
“Tiba-tiba sahaja aku tersesat untuk mencari jalan pulang”
“Sudikah engkau membantu ku menunjukkan jalan untuk ku pulang?” bertanya gajah kepada Luncai.
Mendengar kata-kata gajah, Luncai pun berkata lagi..

“Aku boleh membantu mu gajah”
“Tetapi dengan satu syarat” jelas Luncai
“Apakah syarat nya?” tanya gajah.
“Syaratnya, kau tolong aku usirkan si tupai dirumah yang lupa akan budi dan daratan itu”.
Mendengar syarat dan penjelasan Luncai, tiba-tiba gajah berasa pelik. Tupai apakah yang dimaksudkan oleh Luncai itu? “Mungkin kawannya kot?” kata gajah dalam hati.
Tanpa berfikir panjang lebar, gajah bersetuju dengan syarat yang diberikan Luncai tadi. Lantas, gajah membontotilah Luncai menuju kerumahnya. Sesampainya di rumah,terlihat kelibat seekor tupai sedang asyik nyeyak beradu didalam rumah Luncai dibahagian ruang anjung. Terlihatlah gajah akan kaki si tupai dibalut rapi menandakan sedang sakit. Terpandang Luncai melihat gajah terkedu sayu melihat si tupai, lantas Luncai menceritakan hikayat nasibnya yang tidak cerah dan bahagia seperti dahulu semenjak si tupai muncul dalam episod hidupnya. Dan barulah gajah mengerti akan perihal si tupai yang sebenar. Bak ‘kacang melupakan kulit’, sampailah bak ‘melepaskan anjing yang tersepit’, begitulah perumpamaan si tupai yang dilihatnya akan gajah.
“Memang nak kena ini si tupai” marah gajah.

Dengan segala tenaga yang ada, gajah menggunakan belalainya untuk mengejutkan si tupai yang sedang lena beradu itu. Melentinglah si tupai sambil mencarut barutlah oleh kerana di kejutkannya tatkala belum sampai tempoh masanya lagi.
Sambil mencarut, si tupai terkejut bak beruk termakan cili api tatkala melihat binatang yang besar dan berbelalai sedang terpancul dihadapannya.

What the fuck?”carut si tupai sambil terkejut.
Seraya gajah menjawab, “sungguh enak kau beradu tanpa berbuat apa-apa ya?”
“Kau ingat,kau canthekk!!”
So what, kiss my butt!!” lawan si tupai.

Lalu gajah pun naik berang akan kata-kata kesat yang dilemparkan oleh si tupai. Mengamuklah gajah keatas si tupai dek kerana terlalu murka dan marah teramat sampai cuba ingin memijak si tupai menggunakan kakinya yang besar itu. Berlarilah si tupai kepada Luncai mendapatkan bantuan.

Luncai dengan muka selamba sambil lagak tidak mengenali si tupai yang dianggapnya lupa diri dan daratan pun masuk kedalam rumah meninggalkannya dengan gajah yang sedang berang umpama mahu dibunuhnya itu. Berlarilah si tupai mendapatkan bantuan. Dengan keadaan yang hiruk pikuk itu, si tupai cuba mendapatkan Luncai sekali lagi didalam rumahnya. Di ikutnya gajah akan si tupai masuk kedalam rumah untuk mendapatkan si tupai yang biadap keatas dirinya.

Maka kecoh lah keadaan didalam rumah Luncai dimana gajah cuba memijak-mijak si tupai untuk dibunuhnya. Habis kesekalian pelusuk rumah Luncai musnah ranap dek kerana dipijak gajah. Dengan sedih, Luncai menangis teresak-esak mengenangkan nasibnya yang sudah hancur lebur dek kerana perbalahan gajah dengan si tupai itu. Niat Luncai yang baik itu pun turut sama ranap dek angkara si tupai malang yang lupa diri.

Hanya tinggallah Luncai bersama labu-labunya yang masih ada. Manakala si tupai yang lupa diri itu, terjengkit-jengkit berlari meninggalkan rumah Luncai yang musnah dek dikejari gajah yang masih marah meluap-luap cuba mendapatkan si tupai lagi. Apalagi yang boleh Luncai lakukan selain memerhatikan kedua ekor binatang itu tanpa sedikit pun rasa kesihan olehnya untuk sekalian hidupnya lagi.

No comments:

Post a Comment