Thursday, August 13, 2009

Suatu petang yang masih di kenang


Teringat aku ketika masih dalam alam persekolahan pada tahun 1990. Masih terngiang-ngiang di fikiran, masih segar di ingatan hikayat kasih sayang seorang perempuan bergelar EMAK.

Tatkala waktu itu Aidilfitri, masing-masing sibuk ingin melawat saudara handai yang terdekat. Termasuklah adik-adikku dan keluargaku yang sibuk bersiap untuk pergi ke rumah saudara ku, tidak jauh dari rumah yang di panggil Mak Long Pisang. Tidaklah tahu akan kenapa namanya digelar PISANG. Cuma, Mak Long Pisang amat ramat dengan keluargaku pada masa itu.

Dijadikan cerita, pada waktu itu aku jatuh sakit. Demam yang membuatkan aku tidak dapat nak join mereka. Dan atas sebab itulah kenangan ini aku sematkan dan masih aku ingati sampai sekarang.

Untuk pengetahuan, emakku pengidap kanser hati stage 3 – dimana dia cuma dapat dibenarkan pulang setelah pakar-pakar hospital tidak dapat lagi untuk berbuat apa-apa keatasnya. Lantas dari situ emakku telah duduk di rumah sambil menghabiskan sisa-sisa masa hidupnya bersama 3 lagi adik beradikku yang ada.

Aku terlantar di hamparan tilam bujang diruang depan tamu. Didahiku terletak kain basah yang diperah lembap sebagai penyejuk di kala demam. Tinggal lah aku berdua berteman emak yang pada waktu itu masih gagah, masih cergas untuk melakukan sedikit aktiviti harian rumah sambil-sambil melihatkan aku yang tengah terdampar sayu. Di kepalanya jelas kelihatan anak tudung berwarna hitam disebabkan rambut gugur kesan rawatan chemotherapy keatas kanser yang di tanggung.

“Edi dah makan ubat demam tu?” tanya Ibu.
“kesian dia – tulah siapa suruh demam time-time raya ni”
“nanti mak masakkan sup untuk kamu” “biar kebah sedikit demam tuh” pujuk emak seraya tersenyum. Senyuman yang sering meruntum kalbuku.

Dialog itu juga masih ku kenang sampai ke hari ini. Dan aku yang dalam keadaan lemah cuma dapat menganggukkan kepala tanda setuju. Emak terus meluru ke dapur menyediakan bahan untuk masakan supnya. Aku yang masih terlantar, cuma hanya mempertonton TV di depan mata sebagai penghibur diri. Rancangan talk-show Aidilfitri langsung sedikit pun tidak menghiburkan!

“Nah, ini supnya Edi” ditangannya kelihat semangkuk sup yang masih panas.
“Meh makan sama-sama – tengah panas nih” pelawa emak kepada ku sambil meletakkan mangkuk sup disisi.

Aku pun cuba gagahkan diri untuk bangun dan mendapatkan sup yang tersedia untuk dirasa. Sungguh enak dan lazat. Sambil-sambil menghirup sup, dapatlah bersembang kosong dengan emak. Tidaklah aku mengetahui, bahawa kenangan aku bersamanya itu adalah kenangan untuk kali yang terakhir.

Emak pergi menghadap Ilahi pada pada petang 5 Jun 1991. Pergi untuk selama-lamanya dan tidak akan kembali. Pergi meninggalkan 4 orang anak-anaknya yang masih lagi kecil pada waktu itu. Tetapi kini aku pasrah – pasrah dalam erti hidup yang sebenar.

Kerana setiap kehidupan itu, pasti akan kematian. Buat emak yang sering ku ingati – kudoakan dikau agar aman tenteram disisi orang-orang yang solehah.

Buat arwah perempuan bernama ROHANI BT ABU BAKAR, ku hadiahkan AL-FATIHAH untukmu.

Amin.

4 comments:

  1. semoga beliau ditempati dengan orang-orang yang dirahmati

    ReplyDelete
  2. ;'( Maaakkkkkk..kami rindu mak.
    Rindu yg banyakk..!!

    ReplyDelete
  3. semoga beliau roh beliau dirahmati dan ditempatkan bersama2 org2 yg beriman

    ReplyDelete